18 June 2009

Senaman mudahkan bersalin..

Senaman yang dapat mengurangkan tekanan semasa bersalin antaranya adalah:

(a)Tailor Sitting

Kebaikannya:- Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis.- Dapat memperbaiki postur badan.- Melembutkan sendi pelvic.- Memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.
Kaedahnya:- Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak.- Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai.- Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha.- Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai.- Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.

(b)Pelvic Rock

Kebaikannya:- dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang- dapat mengurangkan sakit belakang.
Kaedahnya:- Posisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak. Perut/belakang rata.- Naikkan perut/belakang anda seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat.- Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut/belakang.- Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya 10 kali.

(c)Wall Slide

Kebaikannya:- Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat. Tetapi ia agak meletihkan terutamanya tanpa latihan. Cuba senaman ini sebagai latihan.
Kaedahnya:- Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.- Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda.- Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi. Tahan beberapa saat.- Naik ke atas semula.- Ulangi beberapa kali. 10 kali sebaik-baiknya.- Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding.

Sumber:- Isi Kandungan: Mayoclinic.com

1 comment:

mariah_smile said...

terima kasih share senaman ni..