19 January 2010

Nilai kasih seorang mama, ibu, emak, ummi, bonda..

Dah lama rasanya x mengupdate blog ni..kesuntukan masa di samping jadual padat setiap hari membuatkan idea pun jadi kering..kalau ade masa pun hanya sempat tengok facebook..ape cerita terbaru kengkawan..tu pun x lama..dalam 10 min camtu je..

Hari ni tetiba terpanggil nak menulis selepas baca sisipan ratu dalam berita harian ni..nilai kasih ibu~sanggup berkorban apa saja bagi pastikan anak nikmati kehidupan terbaik..kita sering mendengar syurga di bawah telapak kaki ibu..betapa istimewanya insan yang bergelar ibu ini..dulu aku sendiri tak tahu macam mana rasanya menjadi ibu..selalu melawan bila kena tegur..rasa macam mak x sayang kita bila kena marah..selalu merajuk bila keinginan kita x dilayan..ada saja yang kita x puas hati..tapi sekarang bila sendiri dah jadi ibu baru kita tau macam mana besarnya kasih sayang mereka pada kita..kalu tak kerana didikan mereka belum tentu aku boleh jadi aku yang sekarang ni..thank you so much mak..

Now giliran anakmu ini pulak jadi seorang ibu..sejak mengandung lagi dapat aku rasakan jalinan yang sangat istimewa dengan bayiku..satu perasaan yang sukar digambarkan..kadang2 bila perut terlanggar meja ataupun apa2 benda keras pun aku boleh rasa sangat bersalah..takut boleh cederakan baby yang x berdosa..banyak kali aku mintak maaf..aku tau dia boleh dengar mama dia cakap..sesungguhnya kasih sayang ibu bermula sejak bayi dalam kandungan lagi..

Saat melahirkan lagi mengujakan..dalam kesakitan tu rasa x sabar nak tengok bayi yang kita kandungkan selama 9 bulan ni..kita akan cuba sedaya upaya untuk lahirkan bayi dalam keadaan selamat..sukar nak digambarkan dengan kata-kata..rasanya dalam keadaan biasa kita x kan sanggup hadapi kesakitan tu..tapi bila kita bersabung nyawa untuk melahirkan zuriat ni timbul satu kuasa dan tenaga istimewa untuk menghadapinya..subhanallah..itulah kasihnya ibu..

Bila sudah lahir ke dunia..permata hati akan ditatang bagai minyak yang penuh..kalau bayi kita sakit..kita pun akan sakit sama..seboleh bolehnya kita akan usaha yang terbaik untuk keselesaan dan kesihatan dia..mama sendiri pun akan utamakan anak mama..kalau dulu sibuk nak beli pakaian sendiri skang anak didahulukan..anak kena ruam pun sedaya upaya cari ubat yang terbaik..mahal pun x apa asalkan anak mama sembuh..tengok anak mama tergaru garu pun mama leh sedih..bila anak mama sembuh mama lah yang paling happy skali..sama jugak bila anak mama x buang air..mama yang x sedap hati..buat apa pun terpk kan anak mama..bila anak mama dah okay baru mama lega..

Bila mama kena pergi kursus pasti rindukan anak mama..teringat apa yang baby mama buat saat tu..walaupun mama x cukup rehat dan bersengkang mata jaga anak mama..tapi mama puas dapat jaga anak mama sendiri..dan saat itulah dirindui bila berjauhan dengan anak mama..

Sekarang baru aku tau macam mana perasaan mak..kadang2 kita terlalu beremosi menganggap mak x sayangkan kita bila kita kena tegur..kena marah..kalau betul dia x sayangkan kita macam mana kita boleh jadi macam skang..hanya seorang ibu yang memahami hati seorang ibu..jalinan kasih sayang antara ibu kepada anak sangat kuat..ibu sejati x kan sanggup melihat anaknya derita..kebahagiaan ibu terletak pada kebahagiaan anaknya..itulah hakikatnya yang kadangkala kita sebagai anak lupa tanpa kita sedari..