24 August 2011

Salam Aidilfitri~

Bila dengar lagu kat bawah ni tersentuh rasa hati~betapa pengorbanan mak dan abah xkan mampu ku balas~ (layannn kawan-kawan)..

Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba tuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru ku sedari
Tidak mungkinkan terbalas budi
Pengorbanan mu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya


Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajah mu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Dibibir mu kan menguntum senyum
Andai nya anak-anak mu bahagia

08 August 2011

Universal Studio~Kota Singa



Sebenarnya plan bercuti ni dibuat di saat-saat akhir untuk meluangkan masa bersama keela buah hati papa mama..mengenangkan dia yang berjauhan dengan kami sepanjang mama berkursus DPA ni, x salah rasanya kali ni kami buat dia rasa seronok (papa ngan mama pun tumpang seronok gak..hehe)..



Aku n hubby amik cuti khamis dan jumaat..rabu malam tu jugak kami pegi amik keela dia kuale kangso..dan lepas makan malam dalam kul 10 lebih camtu kami terus balik kl..maaf mak abah..kena rush sbb khamis baru nak wat passport keela..skang kan leh siap dalam 1 jam je..so x risau la kan..



Pagi khamis terus g imegresen putrajaya wat passport keela..keela look so happy ngan passport dia macam tau2 je dia nak dibawak berjalan..perjalanan kami ke johor bahru pun bermula la petang tu..keela tdo sepanjang perjalanan..selepas mendapatkan tiket bas ke universal studio(naik bas je senang), kami pun carik hotel utk bermalam..akhirnya dapatla kami sebuah boutique hotel untuk bermalam..okayla regenye..



8.30 pagi keesokannya kami pun check-out hotel dan terus menuju ke stesen bas larkin..take bus kul 10.30 camtu then terus ke kota singa..Sampai tengah hari tu kami pun memulakan pengembaraan di universal studio..keela seronok nak berjalan..lega teramat..kalu x lenguhla tangan papa nak dukung..hehe..mama memang surrender bab dukung keela..dah besar kot..semangat..inilah antara gambar2 yang sempat diambil di sana..tapi sayang x boleh amik gambar bertiga sebab hubby x suka org x dikenali amikkan gambo..adelah 1 2 je yang gambar close-up dapat diambil..haha..sedey seh..


The best pop corn yg aku pernah mamam~


Dalam kul 9 malam kami pun bertolak pulang ke Johor bahru..dan terus ke kl..papa keela power..masih boleh bertahan mata..sedangkan mama dan keela sudah hanyut di alam mimpi(tapi badan mama sengal2 k..sebab keela x nak tdo atas seat..nak tdo atas pangkuan mama jugak..layan je la)..


06 August 2011

Betul ke ni??

Suka..gembira..rasa syukur sangat2..tapi betul ke ni?? macam x percaya je..harapnya ini bukan mimpi..tp realiti..Ya Allah..lindungilah diriku dan keluargaku..semoga semuanya selamat..amin..

03 August 2011

Welcome back!!

Assalamualaikum sume..dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim saya kembali untuk menghidupkan semula blog saya ini..atas permintaan teman baik ku jua puan wahed..akan ku karang corat coret ku di sini..yeehaa..banyak juga yang berlaku sejak daku berkepergian ke dpa..hampir 8 bulan rasanya x mengupdate blog ni..byk perkara terlepas untuk diceritakan di sini..contohnya hari ulang tahun kelahiran keela dan percutian ke universal studio singapore bersama suami dan anakanda tersayang..nanti bila ada banyak masa akan ku update jua..tapi kasihan si kecil..ulangtahun kelahirannya yang ke-2 ini tidak sempat disambut seperti tahun sebelumnya..almaklumlah mamanya baru nak menstabilkan diri setelah pulang dari dpa..dengan rumah baru dan juga tempat kerja baru..agak rushing menguruskan sana sini..tapi hadiah utk anak mama x dilupakan..mama sayang keela!!