27 April 2010

Bila Teringin..


Bila teringin..walaupun badan sakit x hengat kesan trening game + balik klate satu malam..tapi still x reti dok diam..dari pagi aku mengemas rumah, mengemop..basuh baju..lipat kain..wat jgk agar2 santan ni..teringin punya pasal..dan bahan2 pun ada kat umah..terus wat..alhamdulillah percubaan pertama menjadi :))

14 April 2010

Thanks for the award :)


1) Bagi ucapan terima kasih pada saper yang bagi award ni dan postkan award ni dalam blog masing-masing :
Thank you so much mama yana (http://dulangkecil.com/)..sama-samalah kita jadi mama yang terbaik

2) List kan tarikh lahir anak yg 1st dan seterusnya letak sekali nama anak yg ke 2,3,4….dan seterusnya (kalau ada lagi.. sila berbuat demikian) :
Nur Amanina Shakeela binti Mohd Sazali~21 Julai 2009

3) Sesiapa yang pregnant boleh letak gambar pregnant yer :
Blom lagi so far..tunggu keela besar kit

4) Sila serahkan award kat sape2 yang anda rasa hot mama :
i) mama D~superb jaga 3 anak dara yg masih kecil without maid
ii)mummy Tina~so calm jaga dua anak teruna walaupun berjauhan dr hubby
iii)ibu Yanie

12 April 2010

Cuti-cuti Malaysia~Penang

Hari Jumaat lepas aku, hubby n keela bercuti ke Penang..dah lama ku nantikan saat ini..nak rest ngan jenjalan with my lovely family..finally tercapai jugak hasratku ini..Seronok sangat spend time ngan insan-insan tersayang..papa, nak jalan-jalan lagi :))


Pindah oh pindah..

Nak pindah lagi ke shida? Ye..betul..aku nak pindah lagi..tapi bukan atas alasan sesuka hati nak pindah2 ni..tapi sebab hubby pun dah ajak dok dekat ngan dia balik..dan demi keela..aku kena amik keputusan untuk pindah balik ke kuala lumpur..agar kami dapat bersama sekeluarga..xdela berjauhan camni..dan aku harap kali ni hubby xde pindah tempat len dah kerana mungkin lain kali jpa pun x nak layan dah permohonan pindah aku..balik2 dia ni je..huhu..aku berdoa lepas ni kami x terpisah dah dan leh duduk sama di bawah satu bumbung hingga akhir hayat..i make this decision coz i love my family so much..semoga kami bahagia selamanya..

17 March 2010

Rojak

Ape yang rojak nye..bukan makanan tu tapi fikiran aku yang sekarang ni rojak..macam2 nak dipikirnya..hai..hai..hai..bila banyak benda yang kita lalui dalam hidup ni pasti kita perlukan teman untuk dengar luahan hati kita..dah sudah tentu bila dah kawin ni orang yang paling sesuai jadi pendengar setia adalah pasangan kita sendiri..like me..suami terchenta la jawabnya..tapi bila jadi weekend husband n wife ni x banyak peluang yang ada untuk story mory everything kat dia..sedey kan..tapi nak buat macam mana realiti kehidupan ni penuh dengan dugaan dan cabaran..kita mesti kuat untuk tempuhinya..kalau kita lemah tu yang boleh jadi gila tu..nauzubillah..

Tapi bila diri kita ni memang jenis suka bercerita baru lega, so hubbyku tetap akan mendengar setiap kisah yang berlaku sepanjang ketiadaannya di sisi ni. Nak tau kenapa? Sebab akan ku kumpul segala cerita suka dan duka sepanjang seminggu untuk tatapan halwa telinganya..hehe..sabo je la sayang dapat isteri cenggini..tapi aku tau dia mesti sunyi kalau tak dengar isterinya bercerita satu hari..tul tak yang? betul..betul..betul! (upin ipin version)

Seperti biasa hidup tak boleh lari dari masalah..but the way kita settlekan masalah tu yang penting..seperti biasa ashida zalia ni dari skolah dulu sampaila dah ada anak sorang ni selalu sangat fikir perasaan orang lain bila terjadinya sesuatu masalah..kadang-kadang diri sendiri yang sakit tapi demi nak tengok semuanya jadi baik semula sanggup korbankan ego sendiri yang tak sume orang sanggup..tapi sejujurnya anda tidak perlu jadi seperti saya..sampai bila nak jaga hati orang lain..hati kita siapa nak jaga..dan seperti selalu my hubby jadi tempat aku mengadu..thanks dear sudi mendengar dan menenangkan hati ni..please la shida..jagan serabutkan kepala anda pasal orang lain yang belum cukup matang (masih macam budak2) ni..just do your work and ignore segala entiti yang menyesakkan minda ni..

19 January 2010

Nilai kasih seorang mama, ibu, emak, ummi, bonda..

Dah lama rasanya x mengupdate blog ni..kesuntukan masa di samping jadual padat setiap hari membuatkan idea pun jadi kering..kalau ade masa pun hanya sempat tengok facebook..ape cerita terbaru kengkawan..tu pun x lama..dalam 10 min camtu je..

Hari ni tetiba terpanggil nak menulis selepas baca sisipan ratu dalam berita harian ni..nilai kasih ibu~sanggup berkorban apa saja bagi pastikan anak nikmati kehidupan terbaik..kita sering mendengar syurga di bawah telapak kaki ibu..betapa istimewanya insan yang bergelar ibu ini..dulu aku sendiri tak tahu macam mana rasanya menjadi ibu..selalu melawan bila kena tegur..rasa macam mak x sayang kita bila kena marah..selalu merajuk bila keinginan kita x dilayan..ada saja yang kita x puas hati..tapi sekarang bila sendiri dah jadi ibu baru kita tau macam mana besarnya kasih sayang mereka pada kita..kalu tak kerana didikan mereka belum tentu aku boleh jadi aku yang sekarang ni..thank you so much mak..

Now giliran anakmu ini pulak jadi seorang ibu..sejak mengandung lagi dapat aku rasakan jalinan yang sangat istimewa dengan bayiku..satu perasaan yang sukar digambarkan..kadang2 bila perut terlanggar meja ataupun apa2 benda keras pun aku boleh rasa sangat bersalah..takut boleh cederakan baby yang x berdosa..banyak kali aku mintak maaf..aku tau dia boleh dengar mama dia cakap..sesungguhnya kasih sayang ibu bermula sejak bayi dalam kandungan lagi..

Saat melahirkan lagi mengujakan..dalam kesakitan tu rasa x sabar nak tengok bayi yang kita kandungkan selama 9 bulan ni..kita akan cuba sedaya upaya untuk lahirkan bayi dalam keadaan selamat..sukar nak digambarkan dengan kata-kata..rasanya dalam keadaan biasa kita x kan sanggup hadapi kesakitan tu..tapi bila kita bersabung nyawa untuk melahirkan zuriat ni timbul satu kuasa dan tenaga istimewa untuk menghadapinya..subhanallah..itulah kasihnya ibu..

Bila sudah lahir ke dunia..permata hati akan ditatang bagai minyak yang penuh..kalau bayi kita sakit..kita pun akan sakit sama..seboleh bolehnya kita akan usaha yang terbaik untuk keselesaan dan kesihatan dia..mama sendiri pun akan utamakan anak mama..kalau dulu sibuk nak beli pakaian sendiri skang anak didahulukan..anak kena ruam pun sedaya upaya cari ubat yang terbaik..mahal pun x apa asalkan anak mama sembuh..tengok anak mama tergaru garu pun mama leh sedih..bila anak mama sembuh mama lah yang paling happy skali..sama jugak bila anak mama x buang air..mama yang x sedap hati..buat apa pun terpk kan anak mama..bila anak mama dah okay baru mama lega..

Bila mama kena pergi kursus pasti rindukan anak mama..teringat apa yang baby mama buat saat tu..walaupun mama x cukup rehat dan bersengkang mata jaga anak mama..tapi mama puas dapat jaga anak mama sendiri..dan saat itulah dirindui bila berjauhan dengan anak mama..

Sekarang baru aku tau macam mana perasaan mak..kadang2 kita terlalu beremosi menganggap mak x sayangkan kita bila kita kena tegur..kena marah..kalau betul dia x sayangkan kita macam mana kita boleh jadi macam skang..hanya seorang ibu yang memahami hati seorang ibu..jalinan kasih sayang antara ibu kepada anak sangat kuat..ibu sejati x kan sanggup melihat anaknya derita..kebahagiaan ibu terletak pada kebahagiaan anaknya..itulah hakikatnya yang kadangkala kita sebagai anak lupa tanpa kita sedari..

30 December 2009

Hi there~

Owh..cepatnya masa berlalu..dah nak abis dah tahun 2009..semakin bertambahla usiaku..huhu..lamanya x mengomel dalam blog ni..x dinafikan rutin yang dah berubah menyebabkan x sempat nak meluangkan masa untuk blog kesayanganku ini..yela dulu time preggy mmg sgt excited memblog tiap2 minggu..hehe..ape taknya my first wonderful experience..mmg happy sgt time tu..sume benda nak share ngan orang..saat2 yang sangat mengujakan..i love that moment..sampaila lahirnya puteriku ke dunia..keela buah hati mama..now keela pun dah 5 bulan lebih..dah besar anak mama..kehidupan aku pun dah banyak berubah..bila suami dah keje project base balik kembalilah aku keseorangan bila dia outstation..weekend yang membosankan bila hubby xde di sisi..mujur ada keela di sisi..dapat jugak mama teman hiburkan hati..ketahuilah sayang..walau penat macam mana pun mama layan karenah anak mama ni..mama tetap happy dan bersyukur sgt2 pada Allah kerana mengurniakan anak yang pintar dan comel..love you dear..semoga aku terus diberi kekuatan,ketabahan dan dipermudahkan untuk menjadi isteri dan mama yang terbaik untuk suami dan anakku..amin..